Sunday, July 15, 2007

KURSUS MODAL INSAN DI PULAU PANGKOR


Kursus modal insan telah di adakan pada 4 -6 Mei 2007 di Bay View Beach Resort Pulau Pangkor Perak. Kursus yang sungguh mencabar dan menguji kesabaran kita. Huh....jungle track penuh dengan pacat. mengelikan.......!!!











AKTIVITI : SAMBUTAN HARI JURURAWAT DEARAH KLUANG


Hari Jururawat Peringkat Daerah Kluang telah di adakan pada pada 16 Jun 2007.

Semua anggota telah hadir untuk meraikan hari tersebut. beberapa aturcara telah di adakan dan termasuklah ratu senyap yang anggun. Puan sorang ni telah di pilih sebab kebaya nya yang ummp.... tahniah di ucapkan.
hadiah telah di sampaikan oleh Matron bersara kita!!

Saturday, July 14, 2007

PERUTUSAN PEGAWAI KESIHATAN KANAN, DAERAH KLUANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, laman web rasmi Pejabat Kesihatan Kluang ini dapat disiapkan sebagaimana yang dirancangkan. Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang terlibat menjayakan pembinaan laman web ini.

Seiring dengan visi dan misi kerajaan mengenai teknologi komunikasi di mana penggunaan ICT dapat memberi impak ke atas kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan, terutamanya dari aspek masa dan kos, aplikasi ICT di Pejabat Kesihatan Kluang turut diperluaskan. Pejabat Kesihatan Kluang sentiasa komited dalam menyebarkan maklumat terkini mengenai program dan perkhidmatan yang ada di jabatan ini kepada semua pelanggan.Untuk permulaan maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan Kluang dapat dicapai melalui laman web rasmi ini.

Kewujudan laman web ini ini dengan sendirinya membuktikan Pejabat Kesihatan Kluang juga turut menyahut cabaran kerajaan untuk membudayakan ICT dalam sektor awam. Diharapkan laman web ini bukan sahaja bertindak sebagai alat perhubungan dan maklumat malah mampu mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di perkhidmatan kesihatan Daerah Kluang ini.

Utamakan pelanggan, Bersopan santun serta amalkan konsep 7S iaitu:-
senyum
salam
segak
sambut
sensitif
segera
sentuh

Selamat melayari laman web Pejabat Kesihatan Kluang.

Sekian , Terima Kasih

Dr. Hjh Zuhaida bte A. Jalil,
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pejabat Kesihatan Kluang,
Johor Darul Takzim